SELAMAT DATANG KE LAMAN USAHAWAN BISTARI AYAMAS SDN BHD

Monday 2 September 2013

Produk di bawah Program 'Sudut Ayamas' -Usahawan Bistari Ayamas Sdn Bhd

Pek Jimat Crispy Fried Chicken

Pek Jimat Crispy Fried Chicken - Red Hot

Pek Jimat Drumet


Pek Jimat Drumet Pedas



Pek Jimat Nuget


Pek Jimat Frankfurter Ayam


6 produk UTAMA Sudut Ayamas - Produk Sejuk Beku Pek Jimat Ayamas -



Produk Atas Rak



Tuesday 20 August 2013

UBASB MENAWARKAN PROGRAM YANG MENARIK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Semoga dalam keadaan sihat dan bersedia menghadapi dunia yang bermacam karenah terutamanya dalam medan perniagaan. Dalam dunia perniagaan tiada sempadan sekatan untuk menghasilkan kejayaan. Dengan azam dan tindakan yang padu pastinya kejayaan yang berterusan bakal kita usahawan kecapi! Insyaallah..

Apa yang UBASB tawarkan adalah berbaloi-baloi pada mereka yang ingin berjinak-jinak dalam perniagaan. UBASB merupakan tiang dan asas pemberi maklumat dan mentor untuk membantu usahawan dalam menceburkan diri dalam perniagaan. Sesungguhnya Ayamas sudah 20 tahun bergiat aktif dalam pasaran dan merupakan antara market leader dalam pasaran Frozen Food Industry. Alhamdulilah..

UBASB menyediakan peluang kepada individu untuk menjana pendapatan di rumah mahupun di premis perniagaan dengan menawarkan pakej-pakej yang menarik mengikut kemampuan dan target individu tersebut. UBASB juga menggalakkan mana2 NGO, Badan Berkanun, Kerajaan yang ingin menyalurkan bantuan kepada asnaf dan fakir miskin serta mereka yang berpendapatan rendah dengan menggunakan program ini bagi memberi platform kepada mereka untuk menjana pendapatan. Sama-samalah kita membantu mereka yang dalam kemiskinan untuk keluar dari kepompong dan menjalani kehidupan baru sebagai USAHAWAN! Insyaallah..




                            BUSINESS MODEL SUDUT AYAMAS

CARTA PERNIAGAAN USAHAWAN




USAHAWAN BISTARI AYAMAS PROFILE

Assalamualaikum wbt..

Sedikit latar belakang mengenai UBASB untuk pencerahan Tuan-tuan dan Puan-puan bagi menyayangi dan mencintai UBASB sebagai usaha kami untuk menjemput anda semua menjadi USAHAWAN yang berjaya bersesuaian dengan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia negara maju tercapai! Insyaallah.. Ameen..

Ditubuhkan pada 6 November 2009 merupakan anak syarikat KFC Marketing Sdn Bhd berasaskan program pembangunan keusahawanan ini merupakan hasil gagasan idea dari Tan Sri Dato' Muhammad Ali Bin Hashim.

UBASB menyediakan konsep perniagaan berniaga dari rumah di samping membantu golongan ibu tunggal dan individu yang ingin berniaga dan menambahkan pendapatan bagi penduduk-penduduk seluruh Malaysia.

Menggunakan jenama Ayamas yang nyata mempunyai kualiti yang baik, syarikat ini menyediakan konsep perniagaan, menyewa peralatan, barangan, memberi latihan, sokongan pemasaran serta pemantauan berterusan. Ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha murni syarikat di dalam memastikan kesemua peserta program keusahawanan dapat menjalankan perniagaan dengan teratur dan mengikut standard yang ditetapkan pihak KFCH (M) Bhd.



© 2013 by Usahawan Bistari Ayamas Sdn Bhd